SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Friday, July 17, 2015

TABUR BUNGA DI ATAS KUBURAN - PENDAPAT IMAM RAMLI


Telah berkata Sohibun Nihayah, Imam Ramli yang digelar sebagai Syafi'e Soghir dalam karya agungnya Nihayah Al-Muhtaj berkenaan hukum meletakkan daun, bunga, tumbuhan di atas kubur:

ويستحب وضع الجريد الأخضر على القبر للاتباع ، وكذا الريحان ونحوه من الأشياء الرطبة ، ويمنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

"Disunatkan meletakkan pelepah tamar yang masih hijau di atas kubur kerana mengikuti perbuatan Nabi ﷺ (ittiba'). Demikian juga tumbuhan yang wangi dan seumpamanya daripada jenis tumbuh-tumbuhan yang segar. Dan dilarang bagi orang bukan pemilik tumbuhan tersebut mengambil atau mengalihkan tumbuhan tersebut selagi ia belum kering."

Allah. Allah.


Ulamak ibarat pemandu yang mengetahui selok-belok laluan untuk sampai ke suatu destinasi. Manakala, orang awam ibarat penumpang yang serba tidak tahu tentang selok-belok perjalanan. Maka, selamat & sampailah orang-orang yang sudi menumpangi Ulamak, dan sesungguhnya tersesatlah orang-orang enggan mengikuti mereka.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin.

No comments:

Post a Comment