SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Friday, July 17, 2015

TABUR BUNGA DI ATAS KUBUR, FATWA AL-MARHUM SYEIKH 'ATIYYAH SAQAR.


Al-Marhum Fadhilatus Syeikh 'Atiyyah Saqr (1333H-1427H) pernah ditanya tentang hukum Menabur Bunga & Memacak Pelepah Pokok Di Atas Kubur, Adakah Disyari’atkan?”

Setelah mendatangkan beberapa riwayat hadis, Al-Marhum mendatangkan beberapa riwayat hadis, antaranya hadis dari Ibn ‘Abbas radhiyaAllahu ‘anhu yang menceritakan;

أن النبى صلى الله عليه وسلم مر على قبرين فقال : " إنهما ليعذبان ، وما يعذبان فى كبير، أما هذا فكان لا يستنزه من البول ، وأما هذا فكان يمشى بين الناس بالنميمة ) ثم دعا بعسيب رطب فشقه باثنين ، ثم غرس على هذا واحدا وعلى هذا واحدا وقال : " لعله يخفف عنهما ما لم ييبسا " . العسيب - الجريدة التى لم ينبت فيها خوص ، فإن نبت فهى السعفة .

"Suatu hari Nabi bersama beberapa orang sahabatnya berjalan melintasi dua kubur, lalu Baginda berkata; “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini sedang diseksa dan tidaklah mereka diseksa kerana perkara yang dianggap besar oleh manusia. Adapun salah seorang darinya diseksa kerana tidak menjaga dari kencingnya. Sementara seorang lagi kerana suka mengadu domba (melaga-lagakan orang lain)”. Nabi meminta satu pelepah tamar, kemudian Baginda membelahnya menjadi dua dan dipacakkan setiap satunya di atas dua kubur itu dan Baginda bersabda; “Semoga akan diringankan azab dari kedua-duanya selama pelepah ini tidak kering." (HR Imam Al-Bukhari)

Setelah itu, Al-Marhum mendatangkan dua pendapat dikalangan Ulamak berkenaan hadis tersebut, sama ada perbuatan Baginda merupakan khususiyah untuk Nabi sahaja atau ianya juga disyariatkan untuk seluruh umatnya juga.

1) Perbuatan tersebut adalah khusus bagi Nabi sahaja dan tidak disyariatkan untuk umatnya . Inilah pandangan Al-Khattabi, Al-Bukhari, Qadhi ‘Iyadh dan lain-lain.

2) Perbuatan tersebut tidak khusus bagi Nabi sahaja, akan tetapi umum bagi sekalian umat Islam. Ini kerana tidak ada dalil yang menegaskan bahawa perbuatan tersebut hanya khusus untuk Nabi sahaja, maka ia harus diikuti oleh umatnya. Selain itu, terdapat contoh amali dari sahabat iaitu Buraidah bin al-Khasib al-Aslami r.a. yang telah mewasiatkan supaya diletakkan di atas kuburnya dua pelepah tamar apabila ia mati kelak dan beliau melakukan itu kerana mencontohi serta mengikuti perbuatan Nabi . Tidak ada sahabat-sahabat lain yang masih hidup yang membantahnya. Inilah pandangan yang dipersetujui oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fath Al-Bari.

Setelah mendatangkan kedua-dua pandangan tersebut berdasarkan hujah-hujah daripada kedua-dua golongan yang berbeza, Al-Marhum Syeikh menyimpulkan dan memberikan fatwa dengan menyatakan bahawa:

هذه هى المسألة بين المجيزين والمانعين ، وأرى أنه ليس فيها ما يدل على المنع ، وما دام هناك إيمان بأن النافع والضار هو الله وحده ، وأن ما نقدمه للميت من دعاء وصدقة وغيرهما هو من باب الأسباب التى تستمطر رحمة الله سبحانه ، فلا داعى للإنكار، والله أعلم

Ini merupakan perbincangan di antara golongan yang membenarkan dan yang melarang - menabur bunga dan memacak pelepah di atas kubur -. Aku berpendapat TIDAK ADA DALIL YANG MENUNJUKKAN LARANGAN melakukan amalan tersebut, selagi mana ada meyakini (beriman) bahawa hanya Allah Ta'ala yang memberi manfaat dan mudharat, dan apa yang kita lakukan untuk si mati sama ada berupa doa, sedekah atau lain-lainnya, hanya sebagai sebab (asbab) untuk memohon limpahan rahmat Allah - untuk si mati -, justeru tidak ada sebab untuk menegah/melarang/mengingkari amalan tersebut..."

Allah. Allah.

Wallahu a'lam.


Ustaz Zaid Abdul Al-Qadiri


Rujukan

No comments:

Post a Comment