Telah berkata Sohibun Nihayah, Imam Ramli yang
digelar sebagai Syafi'e Soghir dalam karya agungnya Nihayah Al-Muhtaj berkenaan
hukum meletakkan daun, bunga, tumbuhan di atas kubur:
ويستحب وضع الجريد الأخضر على القبر للاتباع
، وكذا الريحان ونحوه من الأشياء الرطبة ، ويمنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل
يبسه
"Disunatkan meletakkan pelepah tamar yang
masih hijau di atas kubur kerana mengikuti perbuatan Nabi ﷺ (ittiba'). Demikian juga tumbuhan yang wangi dan seumpamanya
daripada jenis tumbuh-tumbuhan yang segar. Dan dilarang bagi orang bukan
pemilik tumbuhan tersebut mengambil atau mengalihkan tumbuhan tersebut selagi
ia belum kering."
Allah. Allah.
Ulamak ibarat pemandu yang mengetahui
selok-belok laluan untuk sampai ke suatu destinasi. Manakala, orang awam ibarat
penumpang yang serba tidak tahu tentang selok-belok perjalanan. Maka, selamat
& sampailah orang-orang yang sudi menumpangi Ulamak, dan sesungguhnya
tersesatlah orang-orang enggan mengikuti mereka.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin.
No comments:
Post a Comment