Assalamualaikum. Sebelum solat imam masjid mengingatkan kepada para jemaah bahawa semua takbir bagi makmum diucap perlahan kecuali Takbiratul Ihram dan Salam kerana sebagai isyarat khusyuk dalam Solat. Apakah ucapan tersebut betul? Wassalamualaikum
Jawab.
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد
Majoriti Ulamak berpendapat bahawa menjaharkan ucapan Takbir dan Salam selain daripada imam dan musamm' adalah makruh hukumnya.
Di dalam kitab Al-Inshaf dinyatakan: "Disunatkan bagi imam menjaharkan semua takbir dan dimakruhkan bagi selain daripada imam jika tiada hajat (keperluan). Jika ada hajat maka hukumnya tidak makruh."
Pengarang Mughni Al-Muhtaj (Syeikh Khatib Syarbini) mengatakan: "Para ulamak bersepakat akan disyariatkan (disunatkan) menjaharkan Takbir dan Salam, iaitu bagi Imam atau Muballigh dan tidak selain daripada mereka."
Adapun ulama’ Malikiyah berpendapat bahwa makmum menjahrkan takbiratul ihram dan salam saja, untuk yang lain di baca sirr/pelan.
Al-Kharrasyi dalam syarahnya ke atas Khalil berkata: "Disunatkan bagi orang yang solat sama ada sebagai imam atau makmum untuk menjaharkan salam agar diketahui bahawa dia telah selesai solat sehingga tidak diikutinya (imam) - hingga perkataan beliau: "Adapun menjaharkan takbiratul ihram maka hukumnya mandub, manakala takbir-takbir yang lain hanya disunatkan untuk imam bukan makmum. Maka yang afdhal bagi makmum adalah dengan mensirrkannya. Demikian pula bagi orang yang solat bersendirian."
Permasalahan ini berkisar tentang isu takbir dan salam, maka masalah ini berlaku khilaf (perselisihan) dikalangan para ulamak. Boleh jadi imam yang menganjurkan menjaharkan takbiratul ihram dan salam bagi makmum itu bermadzab Maliki. Akan tetapi perkataannya: "Sebagai tanda khusyuk", tidak jelas menurut kami alasannya. Cuma menurut penilitian kami, alasan Malikiyah yang menyebut tentang menjaharkan ucapa salam adalah kerana makmum dianjurkan untuk menjawab salam antara satu dengan yang lain. Maka oleh kerana itulah, menjaharkan salam disunatkan bagi mereka sehingga makmum mendengar salam rakannya lalu menjawabnya.
_______________________________
[ قراءة: 1153 | طباعة: 18 | إرسال لصديق: 0 ]
[ قراءة: 1153 | طباعة: 18 | إرسال لصديق: 0 ]
No comments:
Post a Comment