SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Thursday, March 13, 2014

SEBELUM AKU BERNIKAH

Imam Bukhari, di dalam Sahihnya meriwayatkan satu atsar dari Sayyidina 'Umar رضى الله عنه, beliau berkata:

تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا

"Faqihlah (belajar & mendalami) kamu dalam ilmu agama terlebih dahulu, sebelum kamu menjadi pemimpin nanti."

Jumhur Ulamak menyatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan kalimat kata تُسَوَّدُ dalam hadis tersebut ialah "dijadikan pemimpin".

Maksudnya, belajarlah terlebih dahulu sewaktu usia muda sebelum kelak kamu menjadi pemimpin yang dipandang hormat disisi masyarakat. Jika kamu tidak menuntut ilmu bersungguh-sungguh semasa usia muda, maka nanti kamu akan malu untuk belajar ketika sudah dewasa dan tua. Maka akhirnya kamu akan menjadi orang yang bodoh selama-selamanya. Ketika itu, kamu belajar pada orang-orang yang umurnya jauh lebih Muda berbanding kamu, maka orang-orang akan mengejek kamu.

Demikian penjelasan Syeikh Abu Ubaid di dalam kitab Ghoribul Hadis.

Berbeza dengan pendapat Syeikh Samir sebagaimana yang dinukilkan oleh Murtadha Az-Zabidi di dalam Tajul 'Arus.

Syeikh Samir mengatakan bahawa maksud daripada hadis tersebut ialah,

"Belajarlah kamu ilmu fiqh sebelum kamu BERNIKAH dan menjadi "tusawwad" iaitu pemimpin rumah tangga, sebelum nanti kamu disibukkan dengan urusan rumah tangga dan kamu sudah tidak sempat lagi belajar."

Rujukan.
1) Al-Ulamak Al-'Uzzab, 11-12.

No comments:

Post a Comment