SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Monday, March 24, 2014

HUKUM BERMAIN GENDANG & KOMPANG DI DALAM MASJID.


1) PENDAHULUAN


Sebetulnya, kita begitu menghormati para asatizah dan para ilmuan di negara kita yang 'menegah' amalan berqasidah sambil diiringi kompang dan gendang di dalam masjid. Memang dikalangan Ulamak, ada yang tidak bersetuju dengan perbuatan bermain kompang atau gendang di masjid seperti yang dikemukakan oleh Al-Hafiz Imam Suyuthi di dalam karyanya, "Al-Amru bil Ittiba' wa An-Nahyu 'an Al-Ibtida."

Namun, menjelaskan sesuatu perkara yang berlaku KHILAF padanya denagn mengemukakan SATU pandangan sahaja adalah kurang jujur di dalam ilmiah, apatah lagi jika pendapat sebelah pihak diingkari secara multak. Berikut dikemukan pendapat lain yang mengharuskan perbuatan bermain gendang dan kompang di dalam masjid.

2) PENDAPAT YANG MENGHARUSKAN.

Pendapat yang mengharuskan bermain gendang, rebana atau kompang di dalam masjid bersandarkan kepada dalil hadis Saidatina 'Aisyah, bahawa Baginda bersabda:

أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ، وَاجْعَلُوهُ فِي المَسَاجِدِ، وَاضْرِبُوا علَيْهِ بِالدُّفُوفِ

"War-warkanlah pernikahan dan lakukanlah di masjid serta pukullah rebana." (HR Imam Tirmizi & Ibn Majah)

a) Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya "Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra" menjelaskan bahawa hadis tersebut mengisyaratkan KEHARUSAN (dibolehkan) memainkan gendang atau rebana ketika majlis pernikahan di dalam masjid serta diqiyaskan pula keharusan memainkan rebana atau gendang untuk majlis-majlis yang lainnya. Berikut disebutkan di dalam kitab fatwa beliau:
وفي الترمذي وسنن ابن ماجه عن عائشة - رضي الله تعالى عنها - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال «أعلنوا هذا النكاح وافعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدف» وفيه إيماء إلى جواز ضرب الدف في المساجد لأجل ذلك فعلى تسليمه يقاس به غيره
b) Syeikh Al-Muhallab menyatakan bahwa semua perbuatan yang dilakukan di dalam masjid, jika tujuannya untuk manfaat dan kebaikan umat Islam dan bermanfaat untuk agama, boleh dilakukankan di dalam masjid. Ini dijelaskan di dalam karyanya Umdah Al-Qari Syarah Shahih Bukhari seperti berikut:

وقال المهلب المسجد موضوع لأمر جماعة المسلمين وكل ما كان من الأعمال التي تجمع منفعة الدين وأهله

c) Al-Qodhi 'Iyadh juga menyatakan pendapat yang sama dengan menjelaskan lagi bahawa selagi perbuatan yang dilakukan tersebut tidak merendahkan kemulian masjid, maka perbuatan tersebut boleh dilakukan. Berikut penjelasan beliau yang dikemukan oleh Ibn Hajar di dalam Fath Al-Bari:
وحكى القاضي عياض، عن بعض شيوخه، أنه قال: إنما يمنع في المساجد من عمل الصنائع التي يختص بنفعها آحاد الناس وتكتسب به، فأما الصنائع التي يشمل نفعها المسلمين في دينهم كالمثاقفة، وإصلاح آلات الجهاد مما لا امتهان للمسجد في عمله فلا بأس به. والله أعلم
3) KESIMPULAN.
Kesimpulannya, menegah perbuatan ini secara mutlak adalah KURANG TEPAT. Ini kerana perbuatan tersebut adalah khilaf, bukan perbuatan 'mungkar' secara mutlak.

Kita tidak harus memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita dalam masalah KHILAFIYYAH. Dan kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum- hukum yang disepakati oleh para ulamak. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang menyebut:
لاينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه
"Tidak boleh mengingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf dikalangan fuqaha’. Akan tetapi yang perlu diingkari ialah perkara munkar yang disepakati ulamak tentang pengharamannya."

4) CADANGAN

A. Sesuatu isu yang berlaku khifah perlulah diutarakan secara ilmiah iaitu dengan mendatangkan pendapat-pendapat para Ulamak lainnya, bukan diutarakan dengan EMOSI.

B. Jangan terlalu mudah melempar tuduhan BID'AH DHALALAH terhadap amalan-amalan yang berlaku khilaf padanya.

C. Kita mesti beradab dengan ulamak dan menghormati pendapat yang berbeza pandangan dengan kita.

D. Para ilmuan, Ulamak, Mufti perlu duduk semeja bagi membincangkan perkara ini & menetapkan satu keputusan. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Ulamak Fathani dahulu apabila ditimbulkan isu khilafiyyah.

Sekian.
Zaid Abdul
Khadam Ilmu & Ulamak

______________

Rujukan.
1) Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra, 4/356
2) Umdah Al-Qari Syarah Shahih Al-Bukhari, 4/220
3) Fath Al-Bari, 3/340
4) Al-Amru bil Ittiba' wa An-Nahyu 'an Al-Ibtida, 30.
5) Al-Asybah wa Al-Nazair, 292.

2 comments:

  1. Berlaku adil akhi, bentangkan juga hujah² kenapa ianya dilarang sesetengah ulama'.

    ReplyDelete
  2. Mngatakn pihak yg mngharamkn itu tidak jujur melampirkan fatwa serta dalil , adalh tuduhan serta bersikap mempertahnkn diri dlm bnda yg salah , mndakwa ia khilaf juga perlu penditilan, majoriti imam2 mazhab melarang berqasidah dgn diiringi muzik didalam masjid, termasuk imam syafie rhm , di sebut taghbir , pling simple nk faham fatwa2 negeri di Malaysia majoriti melarang , antaranya fatwa negeri sembilan , fatwa negeri Melaka , boleh rujuk....

    ReplyDelete