Tulisan ini
bukan bermaksud untuk membangkitkan sentimen video palsu Ustaz Don, tetapi
tujuan penulisan ini adalah untuk menjawab apa yang ditimbulkan oleh pembuat
video tentang lafaz niat yang diqiyaskan dengan puasa.
Untuk menjawab
pertanyaan yang ditimbulkan dalam video tersebut kami bawakan rujukan daripada
kitab Shahih Sifat Solat An-Nabi ﷺ karangan Sayyid Hassan bin
Ali Al-Saqqaf halaman 68-69.
Beliau menjelaskan bahawa melafazkan niat ketika
(sebelum) takbiratul ihram adalah sunat, kerana ketika Nabi ﷺ menyebutkan "إنما الأعمال بالنيات", Baginda Nabi ﷺ tidak mengatakan hendaklah
dijaharkan niat tersebut sebagaimana Baginda Nabi ﷺ tidak mengatakan hendaklah
disirrkan niat tersebut. Maka sesiapa yang berniat di dalam hati iaitu menghadirkan
niat ketika takbiratul ihram diingatannya tanpa melafazkan niat tersebut,
solatnya telahpun sah. Dan sesiapa yang menambahkannya dengan melafazkan niat
menggunakan lidah, maka solatnya pun sah. Berbeza dengan sesetengah golongan
yang mengatakan bahawa melafazkan niat itu adalah bid'ah mazmumah.
Kemudian
penulis mengukuhkan pendapatnya melalui kaedah QIYAS dengan mendatangkan dalil
ibadat-ibadat lain yang mengandungi lafaz niat antara ibadat haji dan umrah.
Berikut
didatangkan jawaban kepada pertanyaan video tersebut:
Diantaranya: Bahwasannya pada suatu hari Nabi ﷺ masuk kepada Sayyidatuna Aisyah, Baginda ﷺ hendak makan dan bertanya, "Apakah engkau mempunyai sesuatu (makanan)?" Sayyidatuna Aisyah menjawab, "Tidak" kemudian Baginda ﷺ berkata, "Kalau begitu, sesungguh aku akan berpuasa." (HR.Muslim: 2/809. No: 170)
قال الإمام النووي فى شرح صحيح مسلم: وفيه دليل لمذهب الجمهور على ان صوم النافلة يجوز بنية فى النهار قبل زوال الشمس. إه . قلت أي ان قوله صلى الله عليه وسلم فإني إذا صائم هو نية الصوم بنظر العلماء والله الموفق والهادي.
Aku (Sayyid Hasan As-Saqqaf) berkata: Maksud perkataan Nabi ﷺ,
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Shahih Muslim 7/35: Di dalam hadis tersebut, terdapat dalil bagi mazhab Jumhur, bahawasannya puasa sunat itu boleh dengan niat di siang hari sebelum tergelincirnya matahari.
"فإني إذا صائم"
"Kalau begitu, sesungguh aku akan berpuasa." Itu merupakan niat puasa menurut pandangan para Ulamak.
No comments:
Post a Comment