Percaya atau tidak, banyak perkara dalam ibadat yang kita lakukan, ternyata kita sendiri tidak tahu hikmah atau tujuan perbuatan tersebut. Sebagai contoh laungan azan yang sering kita dengar bergema lima kali sehari di seluruh dunia Islam dan di atas muka bumi ini.
Persoalannya, kenapa Azan yang dilaungkan oleh muazzin itu diulang-ulang lafaznya sebanyak dua kali. Kenapa tidak diucapkan sekali sebagaimana laungan Iqamat?
Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti perbincangan yang dikemukakan oleh salah seorang ulamak besar iaitu Imam As-Son'ani dalam karya terkenalnya Subul As-Salam, jilid 2, halaman 58.
Imam As-Son'ani menjelaskan bahawa para Ulamak
menjelaskan hikmah diulang-ulang lafaz Azan kerana azan bertujuan untuk
memberitahu orang yang belum hadir (agar didengar oleh orang yang berada di
luar masjid) sebab itu ia diulang-ulang dan kerana itu juga disyariatkan agar
mengangkatkan (meninggikan) suara.
Berbeza
dengan Iqamat. Ianya tidak diulang-ulang kerana bertujuan untuk memberitahu
orang yang sudah hadir (untuk mendirikan solat). Maka ianya tidak berhajat
kepada diulang-ulang lafaz panggilan Iqamat seperti Azan. Dan kerana itu
juga disyariatkan agar suara direndahkan ketika melaungkan Iqamat dan
dilaungkan secara hadar (cepat). Adapun lafaz "Qad Qamatis Solah"
diulang-ulang kerana ia merupakan tujuan Iqamat.
Nah, inilah kelebihannya apabila kita mengetahui rahsia dan hikmah disebalik ibadat yang kita lakukan sehari-hari. Disamping kita beramal dengan ilmu, dalam masa yang sama kita semakin faham dan mengerti tujuan syariat ini diperintahkan Allah.
Ermmm.... baru tau. Tqvm ustaz.
ReplyDelete