Soal.Assalamualaikum w,b,t..ustad, apakah hukum mengupload atau memaparkan gambar ahli keluarga yang sudah meninggal dunia di dalam facebook, dan adakah wajib gambar2nya dlm akaun facebook didelete...?
Jawab.
Wa'alaikumussalam.
1. Harus (dibolehkan) mempamerkan dan memaparkan gambar ahli keluarga yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia kerana pada dasarnya gambar merupakan bayangan bagi sesuatu objek yang ditangkap dengan kamera. Justeru tidak ada unsur menyerupai hak penciptaan yang hanya dimiliki oleh Allah sehingga pelakunya mendapat ancaman seksa yang berat.
2. Pun begitu, hukum ini berlaku jika objek dalam gambar tersebut tidak mendedahkan auratnya dan tidak menimbulkan syahwat apabila dilihat.
3. Jika yang dipamerkan itu gambar wanita yang tidak menutup aurat secara sempurna seperti tidak memakai tudung, maka gambar tersebut haram dipamerkan sehingga boleh dilihat oleh orang yang bukan mahramnya.
4. Demikian juga gambar-gambar yang menjadi koleksi di dalam akaun facebook hendaklah dialihkan agar tidak dilihat oleh ajnabi sehingga memungkinkan fitnah buruk kepada si mati di alam sana.
Wallahu a'lam.
Ustaz Zaid Abdul
Pengasas "Oh My Solat
Penceramah "Fiqh Sifat Solat Nabi"
+60 10-2707 903
Pengasas "Oh My Solat
Penceramah "Fiqh Sifat Solat Nabi"
+60 10-2707 903
Assalamualaikum,ustaz.kalau simpan gambar yg bukan muhrim kita tapi,gambar yg menutup auratt??
ReplyDeleteAssalamualaikum,ustaz.kalau simpan gambar yg bukan muhrim kita tapi,gambar yg menutup auratt??
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz. Jika ada gambar dengan kawan perempuan tetapi sudah meninggal dunia. Tapi hanya da 1 gambar kenangan tapi arwah tidak memakai tudung. Adakah boleh disimpan sebagai kenangan?? Berpakaian semua elok cuma tidak bertudung.. hukum nya adakah haram??
ReplyDeletemacam mana pula orang lain menyiarkan video orang yg telah meninggal dunia
ReplyDeleteUstaz ..sy ingin pnjelasan ..boleh ke sy simpan gmbar ayah sy semasa dia mningal ..gmbr dia yg dh x bernyawa lagii ..sy ada tgkp gmbr n smpan smpai skrg ..ayah sy dh 7 bln mningal ..
ReplyDeleteNabi (saw) kata tak boleh..malaikat rahmat tak masuk
ReplyDeleteApa hukum isteri sy simpan gambar ARWAH suami (ex suami) dalam fon dan bilik..
ReplyDelete