Soal.
Assalamualaikum wbt...Bleh ana nk tnya psal bab imam n mkmum dlm solat? Si imam ni,dia terbangun lpas rkaat ke 4,lupe baca thyat sbb sangka dia msih rkaat ke 3..tapi,bila dngar mkmum sbut subhanallah,dia tros dduk smula,bca thyat n tmbh sjud sahwi..bleh ke mcm tu syeikh? Setahu ana,batal klu imam tu dh bngun secara smpurna n tiba2 dduk smula bca thyat.. Pastu, mkmum plak,klu ikut imam tu,bngun n dduk smula,mcm mana keadaan solat diorg? Mcm mana plak dgn mkmum yg dia X naik dgn imam,tros dgn baca thyat,tapi bila imam tu dduk smula n bca thyat,bg salam,,si mkmum td jgak bg salam lpas imam tu baca salam..
Jawab.
Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.
1. Apa yang dilakukan oleh imam tersebut
adalah betul, iaitu duduk semula untuk tahiyyat akhir dan sujud sahwi sebelum
mengucapkan salam.
2. Dan tindakan makmum yang menegur imam itu
juga betul agar imam sedar bahawa beliau telah terlebih rakaat dan wajib
kembali duduk.
3. Tidak batal solat imam walaupun beliau
sudah berdiri tegak. Sebab beliau wajib turun semula untuk menyempurnakan rukun
solat iaitu duduk tahiyyat akhir. Sedangkan perbuatannya berdiri itu adalah
satu kesalahan, maka dia wajib memperbetulkan kesalahannya apabila dia sedar
dengan sendiri atau ditegur oleh makmum.
4. Makmum kalau ikut imam dalam keadaan dia
tidak tahu imam terlebih rakaat ke 5, maka ia ditanggung oleh imam. Solat
mereka sah. Itu jika mereka tidak tahu.
5. Jika makmum tahu imam terlebih rakaat, maka
haram baginya ikut berdiri bersama imam. Dia perlu duduk dan mengingatkan imam
sambil menunggu imam duduk, kalau imam tidak duduk maka dia perlu niat
mufaraqah.
6. Jika imam duduk semula, makmum boleh
teruskan mengikut imam sampai selesai salam.
Waallahu a'lam
Rujukan.
1. Busyra Al-Karim, 1/300
2. Bughyah Al-Mustarsyidin, 116
3. Qaul At-Tamm fi Ahkam Al-Ma'mum wa Al-Imam
Khadam Ilmu & Ulamak
Ustaz Zaid Abdul
HP: 010-2707903
No comments:
Post a Comment