Menurut Mazhab Syafi'e dan
Hanbali, jika seseorang yang sedang solat kemudian tiba-tiba auratnya terbuka
secara tidak segaja seperti pakaiannya ditiup angin, lalu dia menutupnya
segera, maka solatnya tidak batal. Namun jika auratnya terbuka dengan sebab
kecuaiannya atau dia tidak segera menutupnya apabila terbuka, maka solatnya
menjadi batal kerana kecuaiannya serta membiarkan auratnya terbuka lama.
Walhal, dia mampu untuk menutupnya, maka dengan dengan
sebab kecuaian ini, dia tidak dimaafkan.
Berbeza dengan Mazhab Hanafi, menurut
mereka jika aurat yang terbuka itu satu perempat anggota aurat, maka solat
menjadi batal jika dibiarkan terbuka selama tempoh masa melakukan satu rukun
dan dengan syarat terbuka itu bukan disebabkan oleh perbuatannya sendiri. Jika
auratnya terbuka disebabkan perbuatannya sendiri, maka batallah solatnya pada
waktu auratnya terdedah.
Sementara menurut pandangan
Ulamak Maliki, batal solat dengan sebab terbuka aurat berat.
Wallahu a'lam.
Rujukan
Al-Fiqh Al-Islami Wa
Adillatuh, 1/586
No comments:
Post a Comment