SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Tuesday, May 26, 2015

Q&A: TERLUPA TAHIYAT AWAL

Soal.
Assalamualaikum ust, saya nk tny ya, kita solat...kemudian kita terlupa tahiyat awal....kitaterus bangun berdiri...jadi yg kita berdiri itu, sambung utk rakaat ketiga ya?

Jawab.

Waalaikumussalam.

1. Tahiyyat awal merupakan salah satu sunat ab'adh di dalam solat.

2. Sunat ab'adh bermaksud, sunat yang apabila ditinggalkan tidak membatalkan solat dan tetapi
disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebelum mengucapkan salam di akhir solat.

3. Apabila orang yang solat meninggalkan tahiyyat awal maka sunat baginya untuk melakukan sujud sahwi kerana tsabit daripada hadis bahawa Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam melakukan sujud sahwi ketika terlupa tahiyyat awal.

4. Merujuk kepada soalan di atas, apabila seseorang terlupa tahiyyat awal dan sudah sempurna berdiri, maka dia sudah berada pada rakaat yang ketiga. Justeru, dia hendaklah meneruskan solat dengan menyelesaikan baki rakaat yang tinggal. Kemudian sebelum memberi salam, dia disunatkan melakukan sujud sebanyak dua kali, ia dinamakan sujud sahwi sebagaimana yang
dijelaskan di atas.

Wallahu a'lam.


Rujukan.
1. Asna' Al-Mathalib, 1/140
2. Fiqh Solat Nabi, 148


Ustaz Zaid Abdul
Penulis Buku & Penceramah Fiqh Solat Nabi 
Pengasas Modul "Oh My Solat"

*Ingin mengadakan Bengkel, Kursus dan Diskusi "Fiqh Solat Nabi ﷺ" secara in-house atau public programme di sekolah, universiti, syarikat, jabatan, masjid atau di rumah, sila emelkan permohonan kepada dhiyaconsultancy@gmail.com atau hubungi Ustaz Zaid Abdul (010-2707903). #ohmysolat 

No comments:

Post a Comment