SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Sunday, May 10, 2015

FATWA: HUKUM MENYAMBUT HARI IBU


Soalan: Apa hukum merayakan sambutan Hari Ibu? Adakah ianya termasuk perkara bid'ah?

Jawapan: Fafhilatus Syeikh Mufti Prof. Dr. Ali Jumaah Muhammad.

Manusia merupakan makhluk Allah yang istimewa. Allah memuliakan manusia kerana sifat kemanusiaannya. Dia telah menciptakan manusia dengan kekuasaan-Nya dan meniupkan ruhnya ke dalam jasadnya. Allah memerintahkan para Malaikat untuk sujud kepada manusia dan menjauhkan Iblis dari rahmat-Nya kerana sifat takabburnya yang enggan mematuhi perintah Allah untuk sujud kepada manusia (Nabi Adam).

Penghormatan terhadap manusia merupakan sifat malaikat yang menjadi tonggak membangunkan mereka. Sebaliknya, menghina, merendahkan dan memperlekehkan manusia merupakan sifat iblis yang menghancurkan pelbagai pembangunan yang berpijak kepada nilai-nilai kemanusiaan tersebut. Allah berfirman,

فَخَرَّ عَلَيْهِمُ السَّقْفُ مِنْ فَوْقِهِمْ وَأَتَاهُمُ الْعَذَاب مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُون 
“Lalu atap (rumah itu) jatuh menimpa mereka dari atas, dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari.” (Surah An-Nahl : 26)

Dan firman-Nya,

َمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَد خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا
"Dan barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia mendapat kerugiaan yang nyata." (An-Nisa : 119).

Firman-Nya juga,

أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُم عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا 
"Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim." (Al-Kahfi : 50).

Disamping memuliakan manusia kerana status kemanusiaannya (tanpa membezakan antara bangsa, jantina atau warna kulitnya), Islam juga menambahkan kemuliaan lain kepadanya dengan tugas yang dibebankan oleh Allah sesuai dengan tabiat semulajadi setiap manusia. Diantara kemuliaan tersebut ialah ketika statusnya menjadi ‘orang tua’ yang oleh Allah dijadikan sebagai sebab munculnya manusia ke dunia ini. Allah bahkan menyebutkan perintah untuk berterima kasih kepada ‘orang tua’ setelah perintah bersyukur kepada-Nya. Allah berfirman,

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُر لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ 
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman : 14).

Allah juga menyebutkan perintah untuk berbakti kepada orang tua setelah perintah beribadah kepada-Nya. Hal ini sebagaimana dalam firman-Nya,

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَين إِحْسَانًا 
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu dan ayahmu dengan sebaik-baiknya." (Al-Isra`: 23).

Semua ini tidak lain kerana Allah menjadikan kedua-dua orang tua sebagai sebab atau wasilah dalam penciptaan manusia. Tentunya semua ini merupakan penghormatan dan kemuliaan yang istimewa bagi kedua-dua orang tua.

Nabi ﷺ menjadikan ibu sebagai seorang insan yang paling berhak untuk mendapatkan khidmat bakti daripada seorang anak melebihi ayahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وآله وسلم- فَقَالَ: مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ: أُمُّكَ، قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أُمُّكَ، قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أَبُوكَ 
“Seorang lelaki datang, menemui Rasulullah ﷺ, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah ﷺ, siapakan orang yang wajib aku perlakukan dengan baik?” Baginda menjawab: “Ibumu.” Ia bertanya: “Kemudian siapa?”. Baginda menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya lagi: “Lalu siapa?”. Baginda menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya lagi: “Kemudian siapa lagi?”. Kemudian Rasulullah ﷺ menjawab: “Ayahmu”. (Muttafaq 'alaih).

Islam juga menetapkan bahawa hubungan seorang anak dengan ibunya adalah hubungan tabi’i yang semulajadi. Sehingga, untuk menisbahkan seorang anak kepada ibunya tidak bergantung adakah anak itu berasal daripada hubungan yang sah (nikah) ataukah tidak (zina). Seorang perempuan adalah ibu kepada anak yang dia lahirkan, bagaimanapun cara anak itu diperolehi. Perkara ini berbeza dengan menisbahkan anak kepada ayahnya yang tidak diakui oleh syarak kecuali jika berasal dari hubungan perkahwinan yang sah.

Antara bentuk kemuliaan lain di dalam Islam yang diberikan kepada ibu adalah kewajipan menghormati, berkhidmat dan berbuat baik kepadanya. Dalam Islam tidak ada larangan untuk mengadakan suatu perayaan yang bertujuan untuk mengungkapkan rasa cinta dan bakti seorang anak kepada ibunya. Ini kerana, perkara tersebut hanyalah sekadar permasalahan teknikal yang tidak ada hubungannya dengan masalah bid'ah sebagaimana yang didakwah oleh kebanyakan orang. Perlu diingat bid'ah yang ditolak adalah bid’ah yang bertentangan dengan ajaran agama, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ,

مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ 
"Barangsiapa yang membuat sesuatu yang baru dalam masalah (agama) kami ini, yang tidak bersumber darinya (agama), maka dia tertolak”. (Muttafaq 'alaih, dari hadis Aisyah).

Dapat difahami daripada hadis ini bahawa sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perbuatan yang merupakan sebahagian daripada agama Islam, maka perbuatan itu boleh diterima dan tidak ditolak.

Nabi ﷺ sendiri membiarkan bangsa Arab mengadakan perayaan untuk mengenang kemenangan-kemenangan bangsa mereka dengan melantunkan bait-bait syair tentang keutamaan bangsa mereka serta hari-hari kemenangan tersebut. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam Shahihain daripada Aisyah r.a.:

أن النبي  صلى الله عليه وآله وسلم دخل عليها وعندها جاريتان تغنيان بغناء يوم بُعاث 
"Bahawa pada suatu hari Nabi ﷺ mengunjunginya. Ketika itu ada dua orang budak perempuan bersama Aisyah yang sedang menyanyikan lagu Hari Bu'ats (Bu'ats adalah nama sebuah daerah berdekatan Madinah tempat berlakunya peperangan terakhir antara suku Aus dan Khazraj).”00

Dalam hadis lain disebutkan juga,

أن النبي -صلى الله عليه وآله وسلم- زار قبر أمه السيدة آمنة في أَلْفَيْ مُقَنَّع فما رُؤِيَ أَكْثَرَ بَاكِيًا مِنْ ذَلِكَ الْيَوْمِ 
"Bahawa Nabi ﷺ. mengunjungi makam ibunya, Sayyidah Aminah bersama 1000 tentera yang bersenjata. Baginda tidak pernah dilihat menangis dengan begitu sedih berbanding hari itu. (Kisah ini diriwayatkan oleh Hakim - dan dia menshahihkan - dan asal riwayatnya terdapat dalam Shahih Muslim).

Kata "ibu" bagi umat Islam mengandung makna yang sangat halus. Dalam sastera bahasa Arab, kata ini mempunyai makna yang jelas dan berbagai. Dalam bahasa Arab, kata “al-umm” (ibu) boleh diertikan dengan makna ‘asal’, ‘tempat tinggal’, ‘pemimpin’ serta pelayan bagi suatu kaum yang bertugas menyediakan makanan dan keperluan mereka. Makna yang terakhir ini dinukilkan daripada Imam Syafi'i radhiyallahu 'anhu yang merupakan salah seorang ulamak pakar bahasa ‘Arab.

Ibnu Duraid berkata, "Bangsa Arab menyebut segala sesuatu yang menjadi tempat bertemunya benda-benda lain yang ada di sekitarnya disebut dengan nama “ibu”. Sebab itulah, kota Mekkah disebut juga dengan Ummul Qura (Ibu Perkampungan), kerana ia terletak di tengah-tengah dunia dan merupakan kiblat yang menjadi tujuan manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Selain itu, Mekah juga merupakan tempat yang mempunyai posisi paling penting dan strategik.

Oleh kerana bahasa merupakan wadah pemikiran, maka bagi seorang muslim, makna kalimat “ibu” adalah berkait secara langsung dengan peribadi mulia tersebut. Insan yang dijadikan Allah sebagai permulaan kejadian manusia. Insan yang dijadikan Allah sebagai tempat seseorang memperolehi ketenangan. Disamping itu, Allah juga mengilhamkan kepada seseorang bagaimana merawat ibunya, serta membuatnya senang untuk melayan dan memenuhi semua keperluannya. Ibu, dalam semua proses itu, merupakan sumber kasih dan sayang yang menjadi tempat berlindung bagi anak-anaknya.

Dalam budaya kita yang diwariskan secara turun temurun, kehalusan makna kalimat "ibu" pun semakin jelas dalam penggunaan kalimat “silaturrahim”. Jelas bahawa dalam kalimat “silaturrahim”, salah satu organ tubuh ibu, iaitu “ar-rahim” atau “rahim”, dijadikan simbol pengikat antara anggota keluarga yang merupakan tiang tertegaknya sebuah masyarakat. Ini kerana tidak ada seorang pun yang lebih berhak untuk menyandang gelaran ini selain ibu; insan yang kerananya kehidupan ini terus berlangsung dan sebuah keluarga dapat terbentuk, serta memancarkan nilai-nilai kasih sayang. Semua ini semakin sempurna dengan adanya makna agama yang indah sebagaimana digambarkan Nabi ﷺ dalam sabdanya,

الرَّحِمُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ تَقُوْلُ: مَنْ وَصَلَنِيْ وَصََلَه ُاللهُ، وَمَنْ قَطَعَنِيْ قَطَعَهُ اللهُ 
"Hubungan kekeluargaan (ar-rahim) bergantung di 'Arsy dan berkata; "Barangsiapa menyambungkanku, maka Allah akan menyambungkan hubungan kekeluargaannya. Dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan kekeluargaannya." (Muttafaq 'alaih, dari hadis Aisyah).

Dan disebutkan dalam hadis Qudsi,

قَالَ اللهُ عَزَّوَجَلَّ: أَنَا اللهُ، وَأَنَا الرَّحْمَنُ، خَلَقْتُ الرَّحِمَ، وَشَقَقْتُ لَهَا مِنِ اسْمِيْ. فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ، وَمَنْ قَطَعَهَا بَتَتُّهُ 
"Allah ﷻ berfirman, "Aku adalah Allah, dan Aku adalah Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih). Aku menciptakan rahim, dan Aku memberikannya nama dari nama-Ku. Sesiapa yang menyambungkannya, maka Aku akan menyambungkan hubungan kekeluargaannya, dan sesiapa yang memutuskannya, maka Aku akan memutus hubungan kekeluargaannya." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi –dan dia menshahihkannya—, dari hadis Abdurrahman bin Auf r.a.).

Dengan mengetahui makna kata "ibu" yang sangat luhur ini (samaada menurut bahasa, budaya dan agama), maka kita dapat mengetahui perbezaan yang ketara di antara kita dengan umat lain yang telah kehilangan nilai-nilai ikatan kekeluargaan. Sehingga mereka berusaha mencari nilai-nilai yang hilang tersebut pada saat-saat seperti HARI IBU tersebut dan mereka pun memang mampu untuk merayakannya. Oleh kerana itu, perayaan seperti ini boleh disebut sebagai saat untuk menuntut perhatian daripada anak-anak agar mengingati jasa para ibu dan agar mereka memberikan hadiah sekadarnya kepada ibu-ibu mereka sebagai ungkapan rasa terima kasih tersebut.

Wujudya perbezaan budaya antara kita dengan orang-orang Barat (menyambut Hari Ibu), tidak boleh dijadikan alasan syar'i untuk menolak daripada terlibat dalam merayakan Hari ibu ini. Justeru, kami memandang bahawa melihatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan peluang kepada kita untuk menyebarkan ajaran Islam yang mengajarkan kepada umatnya untuk berbakti kepada orang tua. Memanfaatkan peristiwa seperti ini semakin diperlukan di saat fenomena derhaka kepada ibu bapa semakin menjadi dan sangat menyedihkan di zaman ini.

Rasulullah ﷺ adalah contoh tauladan terbaik untuk kita, mengasihi dan memuji orang yang berakhlak mulia walaupun berlainan agama. Dalam sebuah riwayat disebutkan,

لما أُتِيَ بسبايا طَيئ كانت ابنة حاتم الطائي في السبي فقالت للنبي -صلى الله عليه وآله وسلم-: يا محمد، إنْ رأيتَ أن تُخَلِّيَ عني ولا تُشْمِت بي أحياء العرب؛ فإني ابنة سيد قومي، وإن أبي كان يحمي الذِّمار، ويَفُك العاني، ويُشبعالجائع، ويكسو العاري، ويَقري الضيف، ويطعم الطعام، ويُفشي السلام، ولم يَرُدّ طالب حاجة قط. وأنا ابنة حاتم طَيئ. فقال النبي -صلى الله عليه وآله وسلم-: يَا جَارِيَةُ، هَذِهِ صِفَةُ المُؤْمِنِينَ حَقًّا، لَوْ كَانَ أَبُوكِ مُؤْمِنًا لَتَرَحَّمْنَا عَلَيْهِ؛ خَلُّوا عَنْهَا فَإِنَّ أَبَاهَا كَانَ يُحِبُّ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ، وَالله تَعَالَى يُحِبب مَكَارِمَ الأخْلاقِ، فقام أبو بُردة ابن نِيار -رضي الله عنه- فقال: يا رسول الله واللهُ يحب مكارم الأخلاق؟ فقال رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم-: وَالَّذِي  نَفْسِي بِيَدِهِ لا يَدْخُلُ الجَنَّةَ أَحَدٌ إِلاَّ بِحُسْن الخُلُقِ 
"Bahawa diantara orang-orang suku Thayyi` yang ditawan dan dibawa menghadap Rasulullah ﷺ ada seorang anak perempuan Hatim ath-Tha`iy (pembesar suku Thayyi`). Anak perempuan Hatim Tha`iy itu berkata kepada baginda, "Wahai Muhammad, aku memohon agar engkau membebaskan aku, sehingga suku-suku Arab tidak bergembira dengan musibah yang menimpaku ini. Aku adalah anak pembesar kaumku. Ayahku melindungi orang-orang yang memerlukan perlindungan, memberikan kemudahan kepada orang-orang yang menderita, memberikan makanan kepada orang yang lapar, memberikan pakaian kepada orang tidak mempunyai pakaian, menjamu tetamu, memberikan makanan kepada orang ramai, suka mengucapkan salam dan tidak pernah sekalipun menolak permintaan seseorang. Aku adalah anak Hatim ath-Tha`iy." Maka, Nabi ﷺ  pun lalu bersabda, "Wahai gadis kecil, semua itu adalah sifat orang-orang yang beriman. Sekiranya ayahmu itu adalah seorang yang beriman, nescaya kami akan mendoakannya agar mendapatkan rahmat. (Lalu Rasulullah saw. berkata kepada para sahabat), "Bebaskanlah dia, kerana ayahnya meyukai akhlak yang mulia, dan Allah pun menyukai akhlak yang mulia." Abu Burdah bin Niyar r.a. lalu berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah, Allah menyukai akhlak yang mulia?" Baginda menjawab, "Demi Zat yang jiwaku berada pada kekuasaan-Nya, tidak ada seseorang pun yang masuk syurga kecuali dengan akhlak yang mulia." (HR. Baihaqi, dari hadits Ali bin Abi Thalib).
Rasulullah ﷺ juga bersabda,

لَقَدْ شَهِدْتُ فِيْ دَارِ عَبْدِ اللهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفاً مَا أُحِبُّ أَنَّ لِي بِهِ حُمُرَ النِّعَمِ، وَلَوْ أُدْعَى بِهِ فِي اْلإِسْلاَمِ لَأَجَبْتُ
"Saya telah menghadiri suatu pertemuan di rumah Abdullah bin Jud'an yang lebih saya sukai daripada memiliki unta-unta yang terbaik. Seandainya aku diajak untuk melakukannya lagi dalam Islam, nescaya akan aku penuhi ajakan tersebut." (HR. Baihaqi, dari hadits Thalhahbin Abdullah bin Auf).

Oleh yang demikian, merayakan Hari Ibu adalah diharuskan di sisi syarak. Adapun bid'ah yang ditolak adalah bid'ah yang bertentangan dengan syariat. Sedangkan sesuatu hukum yang asalnya diiktiraf oleh syarak tidaklah tertolak dan orang yang melakukannya tidak berdosa. Wallahu subhanahu wa ta'ala a'lam.

Sumber:http://www.dar-alifta.org/viewfatwa.aspx?id=2268&mu&Home=1&LangID=1


Zaid Abdul
Khadam Ilmu & Ulamak

muhammadazhaar@gmail.com
https://www.facebook.com/zaid.dhiya

No comments:

Post a Comment