SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Thursday, May 14, 2015

Q&A: SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH


Soal. 
Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanye.. kalau solat sebelum subuh.. niat yg perlu die bace sahaje aku solat sunat sebelum subuh 2 rakaat niat kerana Allah  atau sahaja aku solat sunat 2 rakaat kerana Allah taala.. sy konfius.. sebab kawan sy kate x perlu sebelum..

Jawab.

1. Tempat niat ialah di dalam hati, kerana niat adalah kehendak atau qasad. Kehendak adalah perbuatan hati. Oleh itu, niat solat ialah kehendak hati untuk melakukan solat kerana Allah ﷻ. Tidak disyaratkan untuk melafazkannnya atau menyebutnya dengan lidah akan tetapi digalakkan untuk menolong hadir niat dalam hati dan penguat kepada niat. Niat sudah dikira sah jika hadir kehendak dalam hati walaupun tanpa melafazkan dengan lidah.

2. Solat sunat terbahagi kepada dua iaitu:

i. Solat Sunat Berwaktu Dan Bersebab.
Solat sunat berwaktu seperti solat sunat Rawatib (qabliyah dan ba’diyah), solat Dhuha, solat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Manakala solat sunat bersebab pula seperti solat sunat Gerhana Bulan dan Matahari.

ii. Solat Sunat Mutlak.
Solat sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak bersebab dan tidak berwaktu. Seseorang yang hendak menunaikan solat sunat mutlak maka memadai ketika hendak menunaikannya dihadirkan di dalam hati kehendak ingin melaksanakan solat. Iaitu disebut sebagai qasad. 

3. Solat sunat sebelum subuh atau solat sunat fajar termasuk dalam kategori pertama, iaitu solat sunat berwaktu.

4. Cara berniat bagi solat sunat ini hendaklah dihadirkan di dalam hati dua perkara iaitu:

i. Qasad - Niatkan hendak melakukan solat untuk membezakan perbuatan tersebut dengan yang lain.

Contoh lafaz niat: “Sahaja aku menunaikan solat.”

ii. Ta’ayyin – Niat dengan menentukan jenis solat sunat yang hendak ditunaikan sama ada solat Rawatib, Dhuha, Hari Raya atau lain-lain.

Contoh lafaz niat: “Sahaja aku menunaikan solat Dhuha.”

5. Zaid hendak menunaikan solat sunat fajar (qabliyah Subuh). Maka Zaid meniatkan di dalam hati keinginan untuk mengerjakan solat dan meniatkan solat yang hendak dikerjakan iaitu fajar/ qabliyah subuh. Maka semasa mengucap takbir Zaid mestilah menghadirkan di dalam hatinya ucapan seperti berikut:

“Sahaja aku menunaikan solat Fajar.”

“Sahaja aku menunaikan solat qabliyah Subuh.”

6. Berniat solat yang dilakukan sebagai 'sunat' tidak wajib termasuklah berniat bilangan rakaat dan kerana Allah ta'ala.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment