SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Wednesday, May 20, 2015

Q&A: APAKAH SAH SOLAT JIKA DUDUK IFTIRASY KETIKA TAHIYYAT AKHIR


Soal.
Salam ustaz.sy nk bertanya,apakah sah solat jika duduk iftirasy ketika tahiyat akhir.ini selalu ketika solat berjemaah kerana sy merasakn tidak cukup ruang utk duduk iftirasy.terima kasih ustaz.

Jawab.

Waalaikumussalam.

1. Ada dua perkara berbeza ketika duduk tahiyyat akhir. Pertama, duduk. Kedua, cara duduk.

2. Duduk ketika tahiyyat akhir adalah rukun. Tidak sah jika seseorang berdiri semasa tahiyyat akhir. Tahiyyat akhir mesti dilakukan dalam keadaan duduk. Jadi, duduk adalah WAJIB & RUKUN.

3. Kedua, CARA DUDUK @ 'STYLE' DUDUK adalah SUNAT ketika. Kita boleh duduk dengan cara apa sekalipun. Ada bermacam-macam style duduk; duduk bersila, iftirasy, tawarruk, iq'a dan lain-lain. Jadi, cara duduk adalah SUNAT & BUKAN WAJIB. 

4. Maka kita faham, bahawa ketika tahiyyat akhir kita WAJIB DUDUK dengan CARA apa pun. Jika kita ingin duduk bersila ketika tahiyyat pun boleh.

5. Menurut mazhab Syafie, cara duduk yang disunatkan & afdhal ketika tahiyyat akhir adalah duduk TAWARRUK manakala duduk cara IFTIRASY sunat ketika duduk tahiyyat awal.

6. Memandangkan cara duduk tahiyyat akhir & awal itu sunat, maka TIDAK BATAL solat jika kita duduk di antara dua cara tersebut. Boleh-boleh sahaja kita duduk ikut cara bagaimana. Apatah lagi jika keadaan darurat seperti jemaah yang ramai & sempit, yang dikhuatiri akan mengganggu& menyakiti orang disebelah, maka boleh duduk secara iftirasy.

7. Kesimpulannya, sah jika seseorang duduk secara Iftirasy ketika tahiyyat akhir sama ada dalam keadaan sempit atau lapang, sama ada dalam keadaan darurat atau tidak. Tetapi jika tanpa hajat, maka dia terluput fadhilat cara duduk yang afdhal ketika tahiyyat akhir, iaitu duduk secara Tawarruk.

Wallahu a'lam


Rujukan.
1. Al-Majmu’, 1/429 & 3/428
2. Mughni Al-Muhtaj, 1/172
3. Hasyiah Qalyubi, 1/262
4. Al-Anwar, 1/95


Ustaz Zaid Abdul
Pengasas Modul "Oh My Solat"


*Ingin mengadakan Bengkel, Kursus dan Diskusi "Fiqh Sifat Solat Nabi ﷺ" secara in-house atau public programme di sekolah, universiti, syarikat, jabatan, masjid atau di rumah, sila emelkan permohonan kepada dhiyaconsultancy@gmail.com atau hubungi Ustaz Zaid Abdul (010-2707903).

No comments:

Post a Comment