Soal.
assalamulaikum...perempuan solat memakai telekung,bila sujud tangan itu berlapikkan telekung...boleh kah didlm mazhab shafie @ perlu diselakkn..terima kasih ustaz..
Jawab.
1. Tangan termasuk anggota sujud yang tujuh, yang wajib diletakkan di lantai semasa sujud.
2. Tangan yang dimaksudkan ialah kedua-dua tapak tangan.
3. Jadi, soalan yang betul ialah 'tapak tangan berlapik telekung', bukan tangan, kerana tangan ini luas skop maksudnya.
4. Sujud dengan keadaan kedua tapak tangan berlapik dengan kain telekung, tidaklah membatalkan solat, kerana sujud dalam keadaan tapak tangan terbuka adalah sunat.
5. Namun, dalam mazhab Syafie, makruh (khilaf aula) hukumnya sujud di atas kain atau lapik yang menghalang tapak tangan menyentuh tempat sujud secara langsung.
6. Kesimpulan, sujud dalam keadaan tapak tangan berlapik dengan telekung tidaklah membatalkan solat, tetapi hukumnya makruh.
Wallahu a'lam.
Rujukan.
1. Al-Mukaddimah Al-Hadramiyah, 1/70
2. Fath Al-Wahhab, 1/78
2. Fath Al-Wahhab, 1/78
Ustaz Zaid Abdul
Pengasas Modul "Oh My Solat
Penceramah Program "Fiqh Sifat Solat Nabi"
(Hp : +6010 2707 903)
Pengasas Modul "Oh My Solat
Penceramah Program "Fiqh Sifat Solat Nabi"
(Hp : +6010 2707 903)
No comments:
Post a Comment