Soal.
Salam ust zaid..nak tanya, kalau perempuan solat berjemaah,imam perempuan tu perlu bersuara kuat seperti imam lelaki biasa atau hanya baris depan dgr da cukup?
Jawab.
1. Solat
terbahagi kepada dua bentuk; Jahriyyah & Sirriyyah. Solat Jahriyyah
bermaksud solat-solat yang mana bacaan Al-Fatihah dan surah-surah dinyaringkan
atau diperdengarkan. Solat Sirriyyah pula ialah solat-solat yang mana bacaan
Al-Fatihah dan surah-surah diperlahankan.
2. Ini termasuk
di antara perkara-perkara sunat (hai’ah) di dalam solat iaitu membaca Jahar
pada tempat yang disunatkan Jahar & membaca Sirr pada tempat yang
disunatkan Sirr.
3. Berikut adalah solat-solat yang sunat
dinyaringkan dan diperlahankan bacaan di dalamnya;
- Solat Subuh dan solat Jumaat, sunat menguat atau menyaringkan bacaan pada kedua-dua rakaatnya.
- Solat Maghrib dan Isyak, sunat menguat atau menyaringkan bacaan pada dua rakaat yang awal sahaja. Manakal rakaat ketika atau keempat, hendaklah diperlahankan bacaan.
- Solat Zohor dan Asar, sunat diperlahankan bacaan pada semua rakaatnya.
4. Bagi wanita, sama ada Imam atau solat sendiri,
disunatkan membaca dengan nyaring pada tempat yang disunatkan Jahar, dengan
syarat tidak ada lelaki ajnabi yang mendengar suaranya. Tetapi jika ada lelaki
ajnabi yang mendengar suaranya, maka sunat baginya membaca secara perlahan (sir).
Hukum yang sama juga termasuk bagi Khunsa.
Wallahu a'lam
Rujukan.
Hasyiah Bajuri, 1/167Ustaz Zaid Abdul At-Tawawi
Penceramah & Motivator Program 'Fiqh Solat Nabi'
Pengasas Modul 'Oh My Solat'
No comments:
Post a Comment