Soal.
Salam. Jika seseorang solat jamak taqdim Maghrib dan Isyak. bolehkan org yg musafir solat berjemaah bersama imam yang solat tamam kemudian meneruskan solat isyak 2 rakaat qasar selepas imam memberi salam? mohon pencerahan...
Jawab.
Wa'alaikumussalam.
1. Orang yang safar (musafir) diharuskan mengikuti (berimamkan) orang yang solat tamam (sempurna atau orang yang mukim) demikian juga sebaliknya.
2. Namun dengan syarat solat tamam yang dia lakukan mengikuti imam perlu dilakukan dengan sempurna juga (tamam). Contohnya dia solat jamak taqdim zohor dan asar. ketika dia solat zohor bersama imam yang solat tamam, dia wajib mengikuti imam dengan menyempurnakan rakaat solat zohor, tidak boleh diqasarkan. Dalilnya sabda Nabi ﷺ:
"Sesungguhnya imam itu dilantik untuk diikuti. Maka jangan sesekali kamu berbeza dengannya." (HR Bukhari & Muslim)
3. Kemudian pabila dia hendak melakukan solat yang kedua, harus dia mengqasarkan solat tersebut.
4. Seperti soalan dia atas, apabila selesai solat maghirb, dia boleh melakukan solat Isyak 2 rakaat dengan qasar. Atau seperti contoh pada no. 3 tadi, dia boleh lakukan solat Asar 2 rakaat dengan qasar walaupun solat zohor tadi dia melakukan dengan 4 rakaat. Tetapi dengan syarat solat yang diqasarkan itu dilakukan sendiri atau berimamkan orang yang solat qasar juga. Jika solat kedua itu dia berimamkan orang yang solat 4 rakaat (tamam), maka dia tidak boleh mengqasarkan solatnya kerana dia wajib mengikuti imamnya. Dalilnya ialah sebagaimana riwayat Nafi' yang mengatakan:
"Apabila Ibnu 'Umar bersama Imam dia akan bersolat empat rakaat dan jika beliau solat seorang diri dia akan bersolat dua rakaat." (HR Muslim)
Wallahu a'lam
Khadim Ilmu
Ustaz Zaid Abdul
Ustaz Zaid Abdul
Asalamualaikum ustaz niat bagaimana? Kan niat nak solat jamak mesti di solat pertama..jd jika kita jd makmum solat tamam niat tu nak wat camana selalu nya kita ikut imam niat fardu n makmum..minta pencerahan..adakah tk niat langsung jika mgikut imam tamam..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteEnter your comment...artinya kita boleh solat tamam berjamaah kemudian solat ashar jamak qosor bagi seorang musyafir
ReplyDeleteKalau kita ikut imam yg solat tamam tu pada rakaat yg kedua, yakni kita masbuk, boleh jgk ke niat jamak?
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=79ig-itPE_A
DeleteUAI | Hukum Makmum Solat Jamak Qasar Mengikut Imam Solat Tamam
https://www.youtube.com/watch?v=HY341JtobZ4
DeleteUstaz Idris Sulaiman - Makmum Solat Qasar, Imam Solat Tamam
Boleh tak kita solat jamak akhir asar ikut imam dalam waktu asar
ReplyDeleteApakah hukum dan alasan solat jamak dan qasar yang dilakukan jika berimamkan orang yang solat sempurna
ReplyDelete