Soal.
Assalamualaikum. Jika saya sudah melakukan solat witir selepas terawih, kemudian saya bangun untuk qiamullail, adakah saya perlu membatalkan witir yang pertama yang dilakukan selepas terawih atau tidak perlu?
Jawab.
Waalaikumsalam.
Masalah ini terbahagi kepada dua pendapat
ulamak:
1. Anda digalakkan dan boleh membatalkan witir
yang telah dilakukan selepas terawih kemudian anda boleh melakukan witir
sebagai penutup Qiamullail.
2. Anda tidak perlu dan tidak digalakkan
membatalkan solat witir yang telah dilakukan selepas terawih tadi. Ini adalah
pendapat yang paling kuat.
3. Jika anda memilih untuk membatalkan witir yang
pertama, maka caranya ialah ketika hendak melakukan Qiamullail, anda lakukan
satu rakaat solat sunat. Dengan melakukan solat sunat satu rakaat tadi, maka
solat witir yang pertama terbatal dan menjadi solat sunat mutlak. Ini kerana
solat witir adalah solat yang rakaatnya ganjil, bukan genap. Apabila anda
melakukan satu rakaat ketika Qiamullail, maka rakaat witir tadi sudah tidak
menjadi ganjil, bahkan menjadi genap. Kemudian setelah selesai melakukan
Qiamullail, maka bolehlah anda melakukan solat sunat witir yang baru. sebagai
penutup Qiamullail.
Wallahu 'a'lam.
No comments:
Post a Comment