SELAMAT DATANG!

SELAMAT DATANG!

Sunday, June 21, 2015

SOLAT TARAWEH 4 RAKAAT

Perkara ini menjadi khilaf dikalangan para ulamak. Menurut pendapat mazhab Maliki & Hanafi, sah solat taraweh yang dilakukan 4 rakaat dengan sekali salam. Ini berdasarkan hadis Nabi
كان يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن 
"Rasulullah solat 4 rakaat (satu salam), jangan engkau tanya tentang baik dan panjang rakaat tersebut."


Berbeza dengan pendapat mazhab Syafie, Imam Nawawi dalam Al-Majmu' mengatakan bahawa tidak sah solat taraweh yang dilakukan 4 rakaat sekali salam sebagaimana yang difatwakan oleh Qadhi Husain, kerana ia bertentangan dengan apa yang diperintahkan. Jika dilakukan dengan segaja dan tahu, maka solat menjadi batal. Dalil yang dipegang oleh mazhab Syafie ialah;

صلاة الليل مثنى مثنى
"Solat malam itu dilakukan 2 rakaat (satu salam), 2 rakaat (satu salam).“
Imam al-Hafiz al-Iraqi dalam Tharhu at-Tatsrib mengatakan bahawa hadis di atas yang menyatakan bahawa solat malam dilakukan dua rakaat satu salam, adalah menunjukkan kepada yang lebih afdal. Kata beliau;

وحملوا هذا الحديث على أنه بيان للأفضل

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment