Fatwa Mufti Mesir Al-'Allamah Nuruddin Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah
Wanita
yang sedang dalam keadaan haid tidak boleh memasuki kawasan tempat solat wanita
di dalam masjid, walaupun tujuannya adalah untuk mendengar pengajian ilmu atau menghafal
al-Quran, melainkan jika hanya sekadar lalu di dalam masjid. Ini berdasarkan
firman Allah Ta’ala:
وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ”Dan (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, kecuali sekedar berlalu saja, sampai kamu mandi” (Surah An-Nisa: 43)
Wanita
yang sedang dalam keadaan haid lebih besar hadasnya berbanding orang yang
berjunub: kerana orang yang berjunub boleh menghilangkan keadaan junubnya itu
dengan mandi wajib sedangkan wanita haid akan terus berada dalam keadaan haid
sehingga berakhir tempoh masa haid tersebut. Telah diriwayatkan dalam sebuah
hadis:
لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ"Aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang yang junub." (HR Abu Daud, Baihaqi dan Bukhari dalam at-Tarikh al-Kabir)
Walaupun
kedudukan hadis ini dhaif tetapi kandungannya digunakan pakai oleh Jumhur
Ulamak (majoriti ulamak), difatwakan oleh para Ulamak Salaf dan digunakan
oleh para ulamak mazhab yang empat (Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki).
Bahkan, ulamak mazhab Maliki melarang wanita yang haid untuk memasuki masjid
meskipun hanya sekada lalu.
Bagi
meneliti lagi perkara, Ibnu Rusyd
Al-Maliki dalam kitab Bidayah al-Hidayah berkata: "Ada ulamak yang
membolehkan perkara itu (iaitu wanita haid masuk ke dalam masjid) dalam semua
keadaan (sama ada menetap di masjid atau sekadar lalu) diantara mereka ialah (yang
berpendapat sedemikian) Daud (Az-Zahiri) dan para ulamak madzhabnya. Jelas
menunjukkan bahawa yang membenarkan atau membolehkan wanita yang sedang haid
berdiam diri (menetap) di dalam masjid adalah pendapat ulamak Zahiriyyah. Namun
pendapat ini marjuh atau lemah dan tidak boleh dijadikan pegangan
berbanding dengan pendapat Jumhur yang terdiri daripada para ulamak Mazhab
Empat.
Adapun
sekirannya kawasan atau ruangan pengajian tersebut bukan sebahagian daripada
masjid akan tetapi merupakan ruang tambahan yang digabungkan dengan masjid,
maka dibolehkan bagi wanita yang sedang haid untuk memasukinya (menetap) sama
ada untuk belajar atau mengajar. Ini kerana kawasan ruangan tersebut tidak
dihukumkan masjid.
Rujukan.
1. Dar al-Ifta' Misr | دار الإفتاء المصرية
http://www.dar-alifta.org/viewfatwa.aspx?id=568&mu&Home=1&LangID=1
No comments:
Post a Comment