TAKBIRATUL IHRAM (تكبيرة الإحرام)
Apabila
kita sudah berdiri dalam keadaan yang betul serta menghadap ke arah kiblat tiba
masanya untuk kita melakukan Takbiratul Ihram. Takbiratul Ihram
adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Hukumnya adalah wajib dan
tidak sah solat tanpanya.
Dalil Takbiratul Ihram.
Dalil
diwajibkan Takiratul Ihram di dalam solat berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, sabda Nabi
ﷺ
:
“Apabila kamu hendak menunaikan solat, maka sempurnakanlah wuduk, kemudian menghadaplah ke arah kiblat. Setelah itu, ucapkanlah takbir…”. (Riwayat Imam al-Bukhari).
Pengertian Tabiratul Ihram (تكبيرة
الإحرام).
Takbiratul
Ihram bermaksud takbir yang mengharamkan. Iaitu dengan takbir tersebut menjadi
sebab diharamkan perkara yang halal sebelum solat seperti makan, minum dan
lain-lain.[1]
Sebelum solat kita dibolehkan makan, minum dan berkata-kata tetapi apabila kita
solat selepas sahaja mengucapkan takbir ‘Allahu Akbar’ maka haram kita
melakukan perbuatan yang lain daripada perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan
di dalam solat kerana kita sudah masuk ke dalam solat. Itulah yang dimaksudkan
dengan takbir yang mengharamkan perbuatan yang halal sebelumnya.
Sebagaimana
yang disabdakan oleh Nabi ﷺ yang diriwayat oleh ‘Ali bin Abi Thalib
radhiaAllahu ‘anhu:
“Pembuka
solat ialah bersuci, yang mengharamkan segala perbuatan yang lain (selain
perbuatan solat) ialah takbir dan yang menghalalkannya semula ialah memberi
salam”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Syarat-Syarat Takbiratul Ihram.[2]
Bagi
memastikan Takbiratul Ihram SAH haruslah menetapi beberapa syarat, antaranya:[3]
1.
Mengucapkan Takbiratul Ihram tersebut ketika berdiri (jika sholat
tersebut fardhu).
2.
Mengucapkannya dengan bahasa Arab.
3.
Menggunakan lafaz “Allah”.
4.
Menggunakan lafaz “Akbar”.
5.
Berurutan antara dua lafal tersebut.
6.
Tidak memanjangkan huruf “Hamzah” dari
lafazl “Allah”.
7.
Tidak memanjangkan huruf “Ba” dari lafazl
“Akbar”.
8.
Tidak mentaysdidkan huruf “Ba” tersebut.
9.
Tidak menambah huruf “Waw” berbaris atau
tidak antara dua kalimat tersebut.
10.
Tidak menambah huruf “Waw” sebelum lafal
“Allah”.
11.
Tidak berhenti antara dua kalimat sekalipun sebentar.
12.
Mendengarkan bacaan di telinga sendiri (bagi yang sihat pancaindera).
13.
Masuk waktu solat tersebut (jika solat berwaktu).
14.
Mengucapkan Takbiratul Ihram tersebut
ketika menghadap kiblat.
15.
Tidak tersalah dalam mengucapkan salah satu dari huruf kalimat tersebut.
16.
Takbiratul Ihram makmum sesudah Takbiratul
Ihram dari imam.
Berikut Rakaman Kuliah Maghrib Fiqh Sifat Solat Nabi ﷺ
No comments:
Post a Comment