Assalamualaikum ust. Sy nak bertanya, di dalam doa Qunut, apabila
sampai bacaan ''..fainnaka taqdhi wala yuqdho 'alaik..'' kenapa Imam
baca perlahan? Bolehkah kalau kita baca kuat?
*******
Walaikumsalam. Terima kasih kepada yang bertanya.
Doa Qunut yang kita baca mengandungi tiga bentuk iaitu doa, zikir/
pujian dan selawat. Dipermulaannya doa, dipertengahannya pujian kepada
Allah Ta'ala dan diakhirnya selawat kepada Nabi ﷺ.
Persoalannya kenapa ''..fainnaka taqdhi wala yuqdho 'alaik..'' dibaca perlahan?
فإنك تقضي
إلى آخره adalah bentuk zikir atau pujian kepada Allah Ta'ala bukan doa.
Jika solat berjemaah bersama Imam, Makmum boleh diam sahaja ketika Imam
membacanya namun yang lebih afdhal Makmum membacanya bersama Imam dengan
perlahan. Oleh kerana afdhal Makmum membacanya zikir pujian tersebut,
maka Imam tidak perlu membacanya secara Jahar (kuat) memadai dibaca
secara Sirr (perlahan) sebagaimana zikir-zikir di dalam solat yang lain
yang dibaca perlahan oleh Imam dan Makmum.
Pun begitu ada
sebahagian Ulamak yang berpendapat Imam digalakkan juga membacanya
dengan kuat sebagaimana ketika berdoa memohon rahmat dan dijauhkan
daripada api neraka.
Rujukan.
1. Nihayah Al-Muhtaj, 1/507
(يقول الثناء) سرا وهو من فإنك تقضي إلى آخره، أو يستمع له لأنه ثناء وذكر
لا يليق به التأمين والمشاركة أولى كما في المجموع، والثاني يؤمن فيه
أيضا، وإذا قلنا بمشاركته فيه ففي جهر الإمام به نظر، يحتمل أن يقال: يسر
به كما في غيره مما يشتركان فيه، ويحتمل وهو الأوجه الجهر به كما إذا سأل
الرحمة أو استعاذ من النار ونحوها فإن الإمام يجهر به ويوافقه فيه المأموم
ولا يؤمن كما قاله في المجموع
No comments:
Post a Comment